SMK Dato’ Onn, Butterworth diasaskan dalam tahun 1959 merupakan sekolah menengah Melayu yang pertama ditubuhkan di Seberang Perai Utara dan ditempatkan di SM St. Marks Butterworth sehingga 1964.
Bangunan sekolah kini siap dibina pada tahun 1964 dan seramai 387 orang pelajar serta 14 orang guru dan merupakan Sekolah Menengah Melayu pertama di kawasan Seberang Perai Utara
Sekolah ini pada mulanya dinamakan Sekolah Menengah Bagan Ajam Butterworth. Pengetua yang pertama sekolah ini ialah Encik Hashim Bin Othman yang berkhidmat dari tahun 1964 hingga tahun 1965.
Pada hari Isnin 25hb Julai 1966, YB Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pendidikan Malaysia telah merasmikan bangunan sekolah ini sebagai Sekolah Dato’ Onn, Butterworth, sempena mengambil nama tokoh perjuangan tanah air, iaitu Yang Berhormat Dato’ Onn Bin Jaafar.
“Ilmu Pancaran Hidup” merupakan moto/logo Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn. Logo sekolah telah dicipta oleh Encik Omar Bin Bakar. “Ilmu Pancaran Hidup” juga diguna pakai sebagai tema lagu rasmi sekolah.